Esprit Estate Putrajaya

Artikel

Langkah-langkah untuk Menjadi Perunding Hartanah (REN)

  1. Kelayakan Umur dan Latar Belakang Pendidikan

Pada tahun 2024,untuk meningkatkan professionalism dalam industri ini, pihak Lembaga telah mewajibkan sekrang-kurangnya mempunyai kelulusan SPM atau setara untuk latar belakang pendidikan dan anda perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk memulakan kerjaya ini. Individu dari pelbagai latar belakang layak untuk memohon. Bagi mereka yang mepunyai latar belakang pendidikan dalam bidang hartanah, pengalaman dalam perniagaan, atau pemasaran akan memberikan kelebihan.

  1. Menghadiri Kursus Pensijilan Perunding (Negotiator Certification Course, NCC)

Langkah pertama yang mesti dilakukan ialah menghadiri Kursus Pensijilan Perunding (Negotiator Certification Course, NCC). Kursus ini adalah kursus 2 hari yang wajib dihadiri oleh semua individu yang berminat untuk menjadi REN. Dalam kursus ini, anda akan mempelajari asas-asas penting mengenai:

  • Piawaian industri hartanah.
  • Perundangan hartanah dan Akta-akta yang berkaitan.
  • Proses jual beli dan sewaan hartanah.

Bermula 1 Oktober 2024, peserta kursus NCC perlu menjalani ujian penilaian secara atas talian pada hari kedua kursus tersebut. Ujian yang akan dijalankan pada sessi akhir kursus NCC yang bertujuan untuk menguji kefahaman peserta dan diadakan secara ‘open book’.

Peserta yang telah melengkapkan 2 hari kursus dan lulus ujian penilaian atas talian akan diberikan sijil NCC yang akan digunakan sebagai bukti bahawa anda telah memenuhi syarat asas untuk mendaftar sebagai REN dengan agensi hartanah berdaftar.

  1. Memohon Pekerjaan di Agensi Hartanah Berdaftar

Selepas mendapatkan sijil NCC, langkah seterusnya ialah mendaftar dengan agensi hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah, dan Pengurus Harta (BOVAEA). Selain sijil NCC, anda juga perlu menghantar salinan carian kebankrapan sebagai bukti anda bebas daripada status bankrap. Sebagai REN, anda tidak boleh bergerak membuat jualan secara bebas. Anda mesti beroperasi di bawah agensi yang dikendalikan oleh Ejen Hartanah Berlesen (REA) yang sah.

  1. Mendapatkan Tag REN

Agensi hartanah akan membantu membuat permohonan kepada BOVAEA untuk mendapatkan nombor pendaftaran REN dan Tag REN bagi pihak anda. Tag ini adalah pengesahan rasmi bahawa anda adalah Perunding Hartanah berdaftar. Tag REN akan memaparkan nama anda, nombor pendaftaran yang bermula dengan REN (contohnya, REN XXXXX), dan butiran agensi di mana anda berdaftar. Dengan tag ini, barulah anda dibenarkan untuk berkhidmat dalam urusan jual beli, penyewaan, atau perkhidmatan hartanah lain secara sah.

  1. Menyertai Persatuan Hartanah

Walaupun tidak wajib, menyertai persatuan atau badan profesional seperti Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA) dan Persatuan Perunding Hartanah Muslim (PEHAM) adalah langkah bijak. Menyertai persatuan-persatuan ini akan memberikan anda akses kepada sumber dan rangkaian profesional yang dapat membantu meningkatkan kerjaya anda dalam industri hartanah.

Keperluan untuk Terus Berkhidmat sebagai REN

  1. Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang

Sepanjang kerjaya anda sebagai REN, anda perlu mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh BOVAEA. Ini termasuk mematuhi Kod Etika yang ditetapkan, memastikan semua transaksi hartanah dilakukan dengan telus, dan memastikan semua urusan didokumenkan dengan betul.

  1. Memperbaharui Tag REN

Tag REN mempunyai tempoh sah, dan anda perlu memperbaharuinya secara berkala. Pastikan agensi anda menguruskan proses pembaharuan dengan BOVAEA supaya anda boleh terus berkhidmat secara sah dalam industri ini.

  1. Menjaga Reputasi dan Profesionalisme

Kerjaya sebagai REN memerlukan anda untuk sentiasa menjaga profesionalisme, terutama dalam berurusan dengan pelanggan. Membina reputasi yang baik dalam industri adalah penting untuk kejayaan jangka panjang anda. Reputasi yang baik akan membantu anda mendapat lebih banyak rujukan dan pelanggan.

Kesimpulan

Untuk menjadi Perunding Hartanah (REN) pada tahun 2024, prosesnya jelas dan teratur. Bermula dengan menghadiri Kursus Pensijilan Perunding (NCC) selama dua hari, anda kemudian perlu mencari pekerjaan dengan agensi berdaftar, mendapatkan Tag REN, dan mengikuti latihan tambahan yang disediakan oleh agensi. Mematuhi peraturan dan menjaga profesionalisme adalah kunci kejayaan dalam kerjaya ini.

Sertai kami sebagai Ejen Hartanah

Berminat menjadi sebahagian daripada keluarga Esprit Estate powered by ESP? Hubungi kami melalui link ini -> Sertai Kami

Kongsikan artikel ini
WhatsApp
Facebook
Telegram

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top