Nationwide Real Estate Negotiator Accelerator Program (REAP) merupakan satu inisiatif ESP yang terbuka kepada semua ejen hartanah daripada pelbagai agensi, sebuah program latihan bertopik yang membincangkan mengenai pasaran hartanah semasa dan bagaimana ejen hartanah sentiasa dapat ‘perfom’ dalam landskap yang kompetitif hari ini.

Terbaru ESP telah berjaya mengadakan program di Lembah Klang pada 10 Ogos 2024 bertempat di Subang PARC, Subang Jaya. Edisi sebelum ini telah diadakan di Pulau Pinang, Alor Setar dan Ipoh telah berjaya mengumpulkan lebih 50 orang peserta pada setiap program. Trainer dan speaker merupakan mereka yang sangat berpengalaman dan telah mencapai kejayaan luar biasa sepanjang melibatkan diri dalam bidang hartanah. Para peserta didedahkan dengan ilmu dan pengetahuan serta bagimana untuk memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk meningkatkan jualan mereka seterusnya mencipta perniagaan hartanah bernilai jutaan ringgit.


REAP seterusnya akan selatan tanah air, Johor pada bulan hadapan. Kepada warga ejen hartanah Johor, nantikan pengumuman di medium sosial media rasmi ESP dan agensi-agensi yang dikuasakan oleh ESP. Ayuh rebut peluang untuk sertai kami dan menimba ilmu sambil ber’networking’ sesama ejen hartanah. Semoga kita berjaya membentuk satu komuniti ejen hartanah yang professional, beretika dan cemerlang di Malaysia.
